Minggu, 31 Maret 2013

Dalam dunia nyata, kita terpisah adanya
Lewat dunia maya, ku coba mengamatimu dengan seksama
Aku memang orang yang tidak penting dalam hidupmu
Dan dengan mudah dapat kau hapus serta lupakan
Namun, aku??
Aku tetap mengingatimu, bahkan dengan diam-diam kusentuhmu dalam kebisuan
Mengetahui hadirmu saja membuatku lega

Aku merasa kau tersenyum renyah mempesona
Aku merasa kau menyapaku dalam gelita maya
Aku merasa kau selalu menemaniku meskipun hanya semenit akunmu menyala

Ya....
Aku hanya "merasa dan terus merasa"

Kamu tidak akan pernah mengerti kegilaan perasaan ini
Kamu tidak akan mengerti ketulusan ini
Kamu tidak akan pernah mengerti walau sudah kucoba berikan pengertian

Kamu tidak ingin mendengar walau, kau mampu
Kamu tidak ingin melihat, walau kau mampu
Kamu tidak akan memahami, walau kau mampu

Aku tidak tahu sampai kapan aku terjerat perasaan ini
sayang
cintta
rindu
kecewa
Dan kehilangan

Aku tidak akan minta maaf lagi karena telah memiliki semua perasaan ini
Akan ku gelar mereka semua diatas altar hidupku
Biarlah tangis dan tawa ini memberi tampias kesegaran

Terima kasih sudah menjadi bagian hidupku

Selasa, 12 Maret 2013

Malam

Adakah engkau mengerti, Malam, daun yang jatuh dan menyentuh keningmu yang langsat itu, kini, masih seperti dulu, hijau kekuningan seperti wajah matahari pagi hari, di sela rimbun dedaunan taman kita?! Dan, tahukah engkau, Malam, di mana daun itu sekarang?! 

Di sini, Malam, di sini, di telapak tanganku. Telapak tangan yang katamu selalu berbau lumpur sawah. Berbau amis ikan dan air-air payau pertambakan!"Suara itu terbawa angin, terpantul-pantul di antara kabel-kabel listrik, kabel-kabel telepon, hitam asap pabrik, deru mobil dan motor, seperti mimpi yang penuh janji. Mengembara sepanjang waktu; sejak subuh pecah sampai rembulan rekah, lalu kembali, menelusup, masuk ke dalam lubang kecil sebuah ruang sempit, kepada tuan dengan napas menggigil, tuan yang tersengal dalam tarikan dan embusan

Abu


Malam setelah jasad Karna menjadi abu...

Hmm, kau ulang lagi muslihat itu
Dan betapa orang-orang telanjur mendewakanmu
Menyembahmu dari pagi hingga pagi lagi

Menjadikanmu berhala 
Karena merasa seolah-olah kau benar-benar mampu memberikan apa saja yang mereka minta
O, betapa malangnya orang-orang itu, karena tak tahu siapa sisi lain dirimu

Ya, ya, mustahil aku lupa akal licikmu itu

Rabu, 06 Maret 2013

Rasa ini

Aku terlalu banyak berpikir
Aku terlalu banyak menimbang

Dan aku terlalu banyak terdiam

Sesungguhnya aku merasa cemas, takut, dan sedih setiap kali membuka  dan menutup mata
Rasanya aku tidak pernah siap menghadapi keduanya
Hidup dan Mati

Aku mencemaskan diriku
Aku ketakutan atas rasaku

Rasa ini........

Membuatku semakin mengendapkan pikirku

TentangMu
Asalku
Dan kembaliku

Sekarang

Aku masih mencari DIRIKU dengan diiringi RASA INI

Wahai pencipta dan pemulik seluruh yang melekat padaku
Tolong isi rasaku dengan hadirMu
Agar aku tidak tersesat terlalu jauh digelapan rasa ini
Aku cemas, takut, dan sedih jika Engkau berpaling dariku

Tolong cintai aku, sayangi aku, rindui aku, lindungi aku, dan temani aku Ya Rabbi


Senin, 04 Maret 2013

Kerohanian Menurut Kacamata Islam

Apakah dia sistem Islam tentang hubungan di antara hamba dan Tuhannya? Dan apakah hubungan di antara sistem ini dengan sistem-sistem lain di dalam penghidupan ini? Untuk memahami dan mengetahui makna masalah ini, kita mestilah mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai perbezaan di antara gambaran hubungan antara hamba dan Tuhannya di dalam Islam dengan gambaran hubungan ini di dalam segala agama dan sistem-sistem filsafat yang lain. Ini ialah kerana seseorang itu, jika tidak mengerti perbezaan ini dan tidak mengkaji dalam masalah ini, selalulah terlintas di dalam fikirannya - sama ada dengan bermaksud atau tidak - bermacam-macam gambaran dan khayalan yang selalunya melekat dengan apa yang dinamakan hari ini sebagai perkara-perkara keruhanian. Di sinilah dia akan terkeliru dan tidak dapat mengetahui dari jenis manakah sistem keruhanian yang aneh ini yang mana pengaruhnya melampaui kawasan ruh yang termaklum itu kepada kawasan benda dan tubuh-badan serta masuk-campur dalam hal-halnya, bahkan mahu menguasainya dan mengendalikan segala urusan-urusannya.

Fikiran yang masih lagi ghalib terdapat di dalam gelanggang filsafat dan agama sekarang ini ialah, bahawa ruh dan tubuh itu merupakan dua unsur yang bertentang dan tidak boleh berhimpun sekali; yang ini di satu pihak dan yang itu di pihak yang lain. Apa yang diminta dan dikehendaki oleh yang ini bukan di minta dan dikehendaki oleh yang itu. Lantaran itu, mustahillah kedua-duanya maju dan mencapai kegemilangan bahu- membahu. Tubuh dan alam kebendaan adalah merupakan penjara bagi ruh. Segala kehendak dunia dan karam di dalam kelazatan dan keinginannya adalah belenggu-belenggu dan rantai-rantai yang mengikat ruh manusia. Demikian juga perkara-perkara keduniaan dan jalan-jalan pencarian rezki dan kehidupan dunia ini adalah merupakan dinding-dinding dan rintangan-rintangan yang menyekat ruh serta menghalanginya daripada mendaki ketinggian dan kemajuan.

Jusetru natijah-natijah yang termesti bagi fikiran ini, ialah terbuntunya jalan-jalan keruhanian dan kebendaan serta terpisah jalan-jalan dan methode-methode keduanya. Orang-orang yang mencari benda dan berusaha di dalam hal-hal keduniaan berasa kecewa sejak langkah pertama lagi dari menjajari keruhanian serta menyelaraskan diri dengannya di dalam bidang ini. Justru tenggelamlah mereka sedalam-dalamnya di dalam penyembahan benda, dan tergelunsurlah segala masyarakat mereka, kemajuan mereka, politik mereka, - kehidupan mereka dan seluruh penghidupan dunia mereka daripada keruhanian, dan tersingkirlah semua itu daripada pertunjuk-pertunjuknya sehingga bumi ini dipenuhi oleh kezaliman dan kekejaman.

Orang-orang yang mencari keruhanian pula telah berusaha mempertinggikan ruh-ruh mereka dengan memilih jalan-jalan serta cara-cara yang menjadikan mereka tersisih daripada hal-hal keduniaan. Ini ialah kerana untuk mempertinggi -kan ruh mengikut pandangan mereka, mustahil didapati satu jalan yang melalui di antara penghidupan dunia yang berliku-liku dan bersimpang-siur itu, dan mereka berpendapat, tidak ada salah apa-apa dalam usaha membangun dan mempertinggikan ruh jika diabaikan tubuh-badan serta tidak memberikannya perhatian yang wajar. Kerana itu kita lihat mereka telah merekakan riadah-riadah ruhani yang payah-payah sehingga memusnahkan segala nafsu serta keinginan manusia, dan meninggalkan tubuh bagaikan bangkai-bangkai yang kaku, tidak mempunyai perasaan dan tidak boleh bergerak. Dari sana mereka berpendapat, bahawa lorong-lorong gunung, penjuru-penjuru padang pasir dan gua-gua bukit adalah tempat-tempat yang paling dekat dan paling sesuai untuk pendidikan ruhani. Mereka pun menyerbu ke gunung-ganang dan gua-gua bukit melarikan diri masing-masing dari hiruk-pikuk penghidupan moden dan mereka lebih suka memencilkan diri tinggal sendirian beribadat kepada Allah. Semakin banyak mereka berfikir dan merenung, semakin tidak mereka nampak satu jalan ke arah kesuburan ruh dan kemajuannya melainkan memisahkan diri mereka daripada dunia, menyingkirkan segala pergantungan-pergantungannya dan memutuskan segala pertalian dan perhubungan yang menambat mereka dengan sesuatu dari alam kebendaan ini.

Kelebihan dari segi keduniaan dan kesampaian kepada batas kesempurnaan yang paling tinggi di dalam lapangannya sudah membawa pengertian, bahawa seseorang itu harus mengecap keenakan-keenakan material dan ni'mat-ni'mat lahir yang boleh disentuh dan yang bergemerlapan. Sudah menjadi tujuanya bahawa manusia harus bertukar menjadi seekor burung yang comel dan seekor ikan yang cantik, seekor kuda yang tangkas atau seekor serigala pemburu yang pandai membunuh dan menyiksa. Ini dari satu segi. Dari segi yang lain pula, makna kelebihan dan kesempurnaan dari sudut keruhanian ialah, bahawa manusia memiliki sejumlah dari kekuatan-kekuatan luar biasa yang terkeiuar daripada kawasan kejadian manusia dan melampauinya. Tujuannya ialah supaya manusia bertukar menjadi alat microscope yang seni, atau pun segala pandangan dan kata-katanya menjadi sebuah hospital yang cukup kelengkapankelengkapan nya.

Apa yang dilihat oleh Islam dalam hubungan ini adalah berlainan daripada yang dilihat oleh sistem-sistem agama dan filsafat-filsafat lain di dunia ini. Dia mengatakan bahawa ruh manusia itu dijadikan Allah sebagai penggantiNya di bumi ini; kepadanya telah diserahkan sejumlah hak-hak yang sesuai dari tindak-tanduk, kewajipan dan tanggungjawab. Untuk menunaikan itu semua, dia telah dikurniakan sebatang tubuh dari rupa-bentuk yang seindah-indahnya. Ruh tidak didatangkan ke dalam tubuh ini melainkan ialah supaya dia menggunakan -nya dalam tindak-tanduk yang dianugerahkan oleh Allah untuknya, dan supaya dia menunaikan dengan tubuh itu segala tanggungjawab yang diletakkan di atasnya. Oleh itu, tubuh bukanlah merupakan penjara bagi ruh, malah ‘makmal’ untuknya. Sekiranya ada apa-apa kesuburan dan ketinggian yang ditaqdirkan untuk ruh, ianya boleh dicapai dengan melahirkan bakat-bakat dan persediaanpersediaan semulajadinya dengan menggunakan segala perkakas dan tenaga makmal ini. Selain dari itu, dunia ini bukanlah merupakan tempat penyiksaan dan kesengsaraan bagi nafsu di mana ruh telah terbenam di dalam lumpurnya kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi sebenarnya, dia adalah sebuah medan untuk kerja, sebuah gelanggang untuk usaha, untuk perjuangan dan kesungguhan yang mana Allah telah membangkitkan ruh manusia kepadanya untuk menjalankan tanggungjawab. Dan kerana ini, dia mempunyai hak bertindak tentang kebanyakan perkara-perkara yang lahir di dunia ini. Begitu juga telah dijadikan bersamanya manusia-manusia yang begitu ramai supaya mereka sama-sama menjalankan tanggungjawab- tanggjungjawab khilafah ini serta menanggung bebanannya. Berbagai-bagai cabang peradaban, sosial, ekonomi, politik dan lain-lain lagi telah lahir untuknya di alam wujud ini, sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh tabiat semulajadi manusia. Selagi mana ketinggian ruhani dan pertumbuhan jiwa boleh didapati dengan mudah di dunia ini, bukanlah jalannya bahawa seseorang itu harus memencilkan diri daripada lapangan ini dan berkurung di satu-satu sudut tertentu, tetapi jalannya ialah melahirkan kecekapan serta bakat semulajadinya dengan bekerja, berusaha dan berjuang di dalam dunia ini. Rumah, kedai, pasar, pejabat, makmal, sekolah, mahkamah, balai-polis, camp-tentera, dewan parlimen, persidangan damai, medan perang dan seterusnya semua itu adalah bermacam-macam soalan untuk menguji hamba Allah di dalam berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan pelajaran. Apakah yang akan menjadi akibat dan kesudahan nasibnya, jika dia tidak memberi perhatian terhadap sesuatu dari soalan-soalan itu atau meninggalkan kebanyakannya begitu sahaja tanpa memberi apa-apa jawapan? Bukankah markah yang akan menjadi habuannya itu kosong? Kemungkinan berjaya dan maju tidak boleh diperolehi melainkan bila mana seseorang memberi perhatiannya terhadap peperiksaan dan bila mana dia sungguh-sungguh bersedia untuk menghadapi ujian dan bersiap sedia untuk menjawab segala soalan yang akan dikemukakan kepadanya nanti.

Demikian juga Islam tidak suka kepada 'monachism'13 dan menolaknya sama sekali; kerana Islam berpendapat tidak ada jalan untuk ketinggian ruhani manusia di luar daripada kehidupan masyarakat, tetapi di dalamnya. Ketinggian ruh, kesuburannya, kemajuannya, kegemilangannya, keheningannya, kebahagiaan dan kejayaannya, bukanlah tempatnya di pinggir-pinggir masyarakat, tetapi mengikut pandangan Islam, tempat itu semuanya adalah di dalam dasar masyarakat. Sekarang kita harus memandang dan meneliti terhadap kriteria yang dikemukakan oleh Islam kepada kita untuk kemajuan dan kejatuhan ruh itu. Jawapan kepada pertanyaan ini tersimpan di dalam gambaran khilafah yang telah disebutkan dahulu. Manusia dari segi ianya khalifah Allah 'azza wa jalla di dunia ini, adalah bertanggungjawab di hadapan Tuhannya tentang apa yang diusaha dan dikerjakan di dalam hidupnya. Fungsinya di dunia tidak lain melainkan menggunakan segala hak, kuasa dan saluran yang dikurniakan oleh Allah kepadanya itu dengan penggunaan yang Sesuai dengan keredaan Allah dan mengikut hidayat serta kehendakNya. Segala bakat, tenaga dan kecekapan yang dianugerahkan kepadanya hendaklah dicurahkan sekadar daya dan kemungkinannya dalam menuntut wajah Allah Taala dan mencari keredaanNya. Dan di dalam berbagai-bagai perhubungan yang mengikatnya dengan manusia-manusia lain hendaklah dia melalui langkah dan aliran yang direlai oleh pencipta dan pemiliknya. Pendek kata, hendaklah dia mencurahkan segala usaha dan kerjanya untuk membaiki bumi ini dan membaiki cara hidup penghuni-penghuninya sepertimana yang Allah mahu melihat bumiNya ini dihiasi dan diperindahkan dengan kebaikan-kebaikan serta kebajikan-kebajikan.

Makin bertambah seseorang manusia melakukan bakti ini kerana merasai tanggungjawab dan menyedari kewajipan, kerana patuh kepada Tuhan serta taat setia kepada suruh perintahNya, kerana mencari keredaanNya, maka semakin bertambah hampirlah dia kepada Allah dan semakin dekatlah dia kepada rahmatNya yang sempurna itu. Pendekatan diri kepada Allah inilah merupakan ketinggian ruhani di dalam pandangan Islam. Sebaliknya pula kian manusia malas dan segan untuk bekerja dan berusaha, jahil dengan tanggungjawabnya, atau kian bertambahnya dia degil, sombong dan angkuh, maka kian menjauhlah dia daripada Allah. Penjauhan diri daripada Allah inilah yang merupakan kejatuhan ruhani sepertimana yang dilihatkan oleh Islam.

Apa yang ternyata daripada huraian ini adalah, bahawa lapangan kerja dan usaha bagi orang yang beragama dan orang yang keduniaan tidak berbeza pada pokoknya dari segi pandangan Islam. Malah kedua-duanya sama bekerja dalam satu medan dan sebuah gelanggang. Tetapi sebenarnya orang yang beragama menunaikan kewajipannya dalam lapangan ini dengan perhatian dan kewaspadaan yang selama-lamanya tidak akan sampai oleh orang yang keduniaan. Dia (orang yang beragama) menyedari dengan segala kewajipan yang diutarakan kepadanya tentang berbagai-bagai soal di dalam penghidupan dunia ini dan di dalam berbagai-bagai peringkatnya dari pergaulan rumahtangga membawa kepada pertubuhan antarabangsa sama sahaja dengan apa yang disedari oleh orang yang keduniaan, malah melebihinya. Apa yang memisahkan di antara kedua-duanya hanyalah perbezaan dalam hubungan kedua-duanya dengan Tuhan dan cara hubungan ini. Orang beragama tidak bekerja melainkan dia merasai bahawa dia bertanggungjawab di hadapan Tuhannya. Dia tidak menghendaki dan tidak bermaksud daripada kerjanya itu kecuali wajah Tuhan dan keredaanNya sahaja. Sebaliknya orang keduniaan, dia sentiasa melihat dirinya, dia lepas bebas, tidak bertanggungjawab tentang kerjanya di hadapan sesiapa.
Oleh itu dia tidak membuat satu-satu kerja melainkan mengikut apa yang diwahyukan oleh keinginan-keinginan dan kecenderungan-kecenderungan dirinya sendiri; tidak peduli terhadap apa yang disuruhkan oleh Tuhan dan apa yang dilarangNya. Jadi, perbezaan dalam hubungan kedua-duanya dengan Tuhan Maha Pencipta inilah yang mengalihkan seluruh penghidupan material orang yang berugama kepada penghidupan ruhani yang baik, dan inilah juga yang melenyapkan sinar penghidupan ruhani orang yang keduniaan dan meninggalkannya hidup di dalam gelap yang tidak ada jalan keluarnya. Sekarang saya mahu bentang dan jelaskan kepada anda, bagaimana Islam melukiskan jalan ketinggian ruhani manusia di dalam lubuk penghidupan material dunia ini, dan bagaimana Islam membukakan di hadapannya pintu-pintu pertumbuhan dan kesempurnaannya. Langkah yang pertama sekali ialah iman. Iaitu tertanam di dalam hati seseorang dan terpaku difikirannya bahawa tidak ada Tuhan, tidak ada pemilik dan tidak ada pemerintah selain daripada Allah sahaja, dan bahawa tidak ada tujuan yang dicarinya di dalam hidup ini dengan segala usaha dan kerjanya melainkan wajah Allah serta keredaanNya, dan tidak ada undang-undang baginya di dalam hidup ini melainkan suruhan dan tegahan Allah. Maka semakin tertanam dan bertunjangnya fikiran ini di dalam 'aqal seseorang, semakin tercoraklah dia dengan corak mentaliti Islam, dan semakin bertambahlah kemungkinan meningkatnya ketinggian ruhani sedikit demi sedikit sehingga sampai kepada setinggi-tinggi darjatnya.

Peringkat kedua ialah 'ta'at-setia'. Artinya seseorang itu menyingkirkan segala kebebasan dan kemerdekaan pada segala perbuatan dan pekerjaan yang dilakukannya, dan di dalam segala kerjanya itu dia hanya mematuhi Allah, Tuhan yang diyakininya dan yang dipercayainya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia sahaja. Ta'at-setia ini ialah 'Islam' mengikut istilah Al-Qur'an. Peringkat ketiga ialah taqwa yang boleh kita unggapkannya dengan menyedari kewajipan dan merasakan tanggungjawab. Taqwa ertinya, bahawa seseorang hamba Allah itu tidak melakukan satu-satu kerja di dalam mana-mana segi penghidupannya melainkan dia yakin yang dia akan diadili di hadapan Tuhannya mengenai kepercayaan-kepercayaannya, perbuatan-perbuatannya, dan perkataan-perkataannya. Dan hendaklah dia menahan dirinya daripada segala apa yang didapati Allah melarangnya, tetapi bersungguh-sungguh melakukan apa yang Allah perintahkan. Oleh itu, dia menjalani hari-hari hidupnya dengan membezakan di antara halal dan haram, di antara betul dan salah, di antara baik dan jahat, dan ini semuanya dengan kesedaran yang cukup dan pilihan yang penuh dari dirinya sendiri.

Peringkat keempat dan yang paling tinggi sekali di antara peringkat-peringkat ini ialah 'ihsan'. Ertinya bahawa kehendak hamba itu disebatikan dengan kehendak Tuhan, sehingga dia tidak menyukai melainkan apa yang disukai oleh Allah dan tidak membenci melainkan apa yang dibencikan oleh Allah. Tidak sahaja dia memadai dengan menghindarkan dirinya daripada kejahatan-kejahatan dan kemungkaran-kemungkaran sepertimana yang dikehendaki oleh Allah supaya bumi ini bersih daripadanya, malah dia juga tidak mengenal penat berusaha dan berjuang untuk membungkaskan pokok dan akar-umbinya daripada bumi ini. Dia tidak sahaja memadai sekadar menghiaskan hidupnya dengan kerja-kerja mulia dan kebajikan sepertimana yang Allah mahu supaya bumi ini terhias dengannya, malah dia juga mencurahkan segala kekuatan yang dimilikinya tanpa bakhil dan kikir untuk menyibarkan segala kebaikan dan kebajikan di bumi Allah yang luas ini. Sekiranya dia ditakdirkan sampai kepada darjat yang tinggi ini, berjayalah dia mendampingi diri dengan Tuhan. Kerana itu, ihsan adalah setinggi-tinggi tingkatan yang boleh dicita-citakan oleh seseorang dalam ketinggian ruhaninya.

Inilah dia jalan ketinggian ruhani dan kegemilangannya di dalam Islam. Ianya tidak sahaja terbatas di sisi para individu, malah melampaui mereka kepada kelompok-kelompok manusia dan bangsa-bangsa. Tiap-tiap umat boleh melewati peringat-peringkat iman, taat-setia dan taqwa, lantas sampai ke kemuncak ihsan seperti individu itu juga. Begitu juga tiap-tiap negara boleh menjadi negara Islam, beriman, bertaqwa dan sampai kepada darjat ihsan dengan sistemnya yang sempurna, bahkan Islam tidak mungkin sampai kepada cita- citanya dan matlamatnya yang ditujukan itu melainkan bilamana umat Islam seluruhnya berjalan di atas jalan ini, dan bila mana terbentuknya di bumi Allah ini sebuah negara yang terhias dengan taqwa dan ihsan.

Sekarang patutlah kita menguji dan memahami sistem pendidikan ruhani yang dipilih oleh Islam dan yang telah dilukiskan plannya dan dibangunkan tonggak-tonggaknya supaya para anggota masyarakat dilahir serta diasuh di atas ketinggian ruhani yang khusus ini. Sistem ini mempunyai empat rukunnya:

Pertamanya sembahyang: Ianya memperbaharui ingatan kepada Allah Yang Maha Esa di dalam fikiran seseorang sebanyak lima kali dalam sehari semalam, menakutkannya daripada kemurkaan dan siksaan Allah yang bersangat, menggemarkannya terhadap rahmat Allah serta pendekatan diri kepadaNya, membentangkan kepadanya hukum-hukum Allah dari semasa ke semasa dan melatihkannya agar taat dan patuh terhadap segala titah perintahNya. Kemudian sembahyang ini tidak difardukan ke atas hamba-hamba Allah dengan sifat individu mereka sahaja, malah Allah mewajibkan juga ke atas mereka supaya menunaikan sembahyang-sembahyang mereka itu secara berjamaah.

Keduanya puasa: Ianya melatihkan orang-orang Islam dan masyarakat Islam atas taqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala selama sebulan cukup pada tiap-tiap tahun.

Ketiganya zakat: Ianya menimbulkan rasa persaudaraan dan persamaan di dalam hati orang-orang Islam dan menggalakkan mereka mengeluar belanja dan bantu-membantu sesama mereka. Di antara yang dikesalkan di dalam hubungan ini ialah, bahawa banyak orang dewasa ini memanggil zakat itu dengan perkataan cukai, padahal makna yang sangat luhur yang ada pada zakat dan yang dikehendaki oleh Tuhan itu pada pokoknya tidak ada apa-apa hubungan pun dengan makna kebendaan yang ada pada cukai. Zakat dari segi bahasanya membawa erti tumbuh, subur, berkembang, bersih dan suci. Apa yang dikehendaki oleh Islam dengan penggunaan perkataan zakat itu ialah supaya tertanam di dalam fikiran seseorang, bahawa engkau tidak mengeluarkan belanja mata-benda, sedikit atau banyaknya, dalam usaha membantu saudaramu kerana menuntut keredaan Allah, melainkan belanja tersebut akan kembali semula kepadamu dengan keteguhan dan kekuatan hatimu dan dengan kejernihan sifat-sifat akhlaqmu juga kebersihan tingkah-lakumu seluruhnya.

Keempatnya haji: Ianya menjadikan orang-orang Mu'min di berbagai-bagai pelusuk bumi ini sebagai satu blok yang kental dan sebagai satu jamaah antarabangsa yang berasaskan tauhid dan penyembahan Allah yang Esa. Dengan itu dia membentukkan di kalangan mereka persaudaraan international yang Syumul, dan menunjangkan tonggak-tonggak gerakan international yang sejak zaman silam sampai sekarang masih lagi menerima seruan kebenaran di bumi ini, dan akan terus menerimanya buat selama-lama - Insya'Allah.

Konsep Hidup Islam

Ciri utama dari Din Al-Islam ialah ia tidak membenarkan sesuatu pertentangan, juga pemisahan yang ketara antara kehidupan kerohanian dan kehidupan dunia. Islam tidak sekadar membataskan dirinya untuk membina ketinggian kerohanian dan akhlaq semata-mata. Ruang lingkup peraturan yang dikemukakannya mencakupi segenap bidang kehidupan insan. la hendak melahirkan bukan sahaja ketertiban hidup diri perseorangan malah ketertiban hidup masyarakat manusia seluruhnya ke dalam pola-pola yang sihat dan bersih sehingga Kerajaan Allah dibangunkan dalam bentuk kenyataan di atas muka ini. Dengan demikian keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran akan memenuhi segenap pelusuk muka bumi dan saujana samudera.

Cara hidup Islam didasarkan atas satu pendekatan yang unik kemas serta mantap dan ia merupakan konsep istimewa tentang kedudukan insan dalam alam semesta ini. Itulah sebabnya mengapa perlunya kita memahami terlebih dahulu Tasawwur lslami (konsepsi hidup menurut ajaran Islam) sebelum kita menangani atau membincangkan persoalan ini, masyarakat, politik dan ekonomi dari kacamata Islam.

SAHABAT


Kita tidak terlahir dari rahim yang sama
Tapi aku menyayangimu lebih dari diriku
Ketika kau lelah dengan beban harimu
Bersandarlah dibahuku sahabat

Hapuslah air mata itu
Aku tidak menyukai butiran itu memenuhi bening matamu
Kau lebih cantik ketika matamu berbinar jenaka
Semburat kebahagiaan tercermin lewat kornea

Namun, Jika kau tak mampu menahannya berjatuhan
Tenggelamkan saja wajahmu dipelukku
Kan kuusap perihmu dengan sentuhan ketenangan

Kupinjamkan telinga ini untuk keluh kesahmu
Kupinjamkan mulut ini untuk nasehat dan doa penenangmu
Kupinjamkan tangan dan kaki ini untuk membantumu semampuku

Sahabat…Aku memyayangimu dengan caraku
Mungkin tdak banyak, hanya sebuah ketulusan dariku
Ketika kau terluka oleh pekara dunia
Genggamlah tanganku, bersama kita arungi samudra munasabah
Berlayar menuju pulau mahabbah

Aku adalah tongkat bagimu
Dan kau adalah tongkat bagiku
Disaat tak mampu mengarungi kehidupan, kita saling menguatkan
Dan disaat kita berjauhan kita saling mendoakan

Hijab Di Antara Kita


Beruntunglah bagi  yang mengenal cinta diwaktu yang tepat
Disaat semua dinding hijab telah terbuka oleh sebuah akad
Tiada hal yang istimewa dari percintaan yang tersingkap seelum waktunya
Hanya ada ribuan lelehan air mata dan penyesalan tak berjeda

Hanya abu-abu menjaadi warna percintaan yang semu
Kalabu yang terbungkus gemerlap syair-syair rayuan
Bohong terlihat jujur, palsu terlihat asli, dan sandiwara terlihat kesungguhan menggebu
Buka matamu… Kau tertipu dalam percintaan, kawan!!