Ciri utama dari Din Al-Islam ialah ia tidak membenarkan sesuatu pertentangan,
juga pemisahan yang ketara antara kehidupan kerohanian dan kehidupan dunia.
Islam tidak sekadar membataskan dirinya untuk membina ketinggian kerohanian dan
akhlaq semata-mata. Ruang lingkup peraturan yang dikemukakannya mencakupi
segenap bidang kehidupan insan. la hendak melahirkan bukan sahaja ketertiban
hidup diri perseorangan malah ketertiban hidup masyarakat manusia seluruhnya ke
dalam pola-pola yang sihat dan bersih sehingga Kerajaan Allah dibangunkan dalam
bentuk kenyataan di atas muka ini. Dengan demikian keamanan, kebahagiaan dan
kemakmuran akan memenuhi segenap pelusuk muka bumi dan saujana
samudera.
Cara hidup Islam didasarkan atas satu
pendekatan yang unik kemas serta mantap dan ia merupakan konsep istimewa tentang
kedudukan insan dalam alam semesta ini. Itulah sebabnya mengapa perlunya kita
memahami terlebih dahulu Tasawwur lslami (konsepsi hidup menurut ajaran Islam)
sebelum kita menangani atau membincangkan persoalan ini, masyarakat, politik dan
ekonomi dari kacamata Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar